Pages

Friday, April 21, 2017

Kecek 6: Bahaso


Baru-baru ni ambo ke kursus bahaso perundange. Saloh seore tenago pengajarnyo iaitu Dr Syed Nurulakla daripado UPM adalah sangat unik. Walaupun kepakare beliau ialah bide bahaso melayu, tapi beliau jugo mampu utk bertutur dale bahaso inggeris, mandarin, dan bahaso arab. Pado ambo, hal tersebut adalah super awesome.

Berbalik kepado tajuk blogpost kito kali ini, ambo teringatlah suatu peristiwo hok berlaku lebih kure 7 tahun dulu. Nok dijadike crito, maso kelik rayo di klate, ambo menghadiri walimah anok sepupu mek. Bulehnyo nok kato dunio ni kecik jah bbena, rupo-ruponyo anok sepupu mek tu ialah senior ambo di kyuem. Patutlah raso macei ‘eh supo rajing kkelih dio ni’. Haha.

Bilo ambo perkenal diri hok ambo ni sebenarnyo junior dio di kyuem, dio pun surprised. Pahtu dio tanyo, “eh buleh kecek klate kow?”

At that moment, ambo nge umi ambo pulok hok surprised, lol. “Buleh jah... kecek klate sokmo kito,” balas ambo.

To our further surprise, dio tanyo lagi, “eh tapi kei awok duduk di Subang?”

Pahtu ambo senyak jah laa padahal dale hati nok jah balah ‘doh tu apo bezonyo kalu duduk di London sekalipong?’. Kehkehkeh.

Kesimpuleinyo, ado jah ore klate hok tokleh brain/terimo bakpo ambo adik beradik buleh kecek klate walaupun kami ni branok di kolupo dan membesar di Subang Jaya. Malah, ado hok lebih bodo – toksir lasum nah dengar anok-anok dio kecek klate walaupun keduo-duo mok poknyo ore klate.

Ore-ore laguni umi ambo kato jenih ORE TAK SEDAR DIRI. Adapun tersangatlah rugi sebenarnyo kalu dialek turun-temurun tidok diperturun kepado anok-anok. Tak kisohlah bahaso gapo pung – kalu tak diguna mako bahaso tu akan pupus dan hile. Loloni pung, ado beberapo bahaso di dunio hok cumo ado soghe duo jah penutur. Kalu penutur tu mati, mako habih hile lah bahaso tu.

Pernoh tak demo jupo ore bukei klate hok buleh kecek klate molek? Ambo ado rama saing gini. Ado soghe tu dio asalnyo ore Perok bbena tapi kalu dio kecek klate, kito mesti akan kato dio ore klate. Punconyo sebab dio ado rama saing klate di uni dulu. So it somehow blends in slowly to her tongue.

Tapi ado jugok saing ambo hok tokleh lasum kecek klate walaupun mokpok dio berbuih nah kecek klate di rumoh. Jadi adik kakok, kade2 tu pengaruh saing di skoloh lebih mempengaruhi budok2.

Pengaruh kecairan otok pun penting jugok. Ambo maso kecik2 dulu, meme bebuih nah kecek English dengan saing2 di school. Tapi bilo kelik di rumoh, otometik pulok ambo switch ke klate dengan adik-beradik dan umi abah. Jadi adik kakok, ado budok hok buleh switch inter-languages, dan ado jugok hok otoknyo slow sikit utk kecek banyok bahaso.

Ultimatenyo ia bergantung pado kemahire dan kepandaie ibu bapo lah sebenarnyo. Haaa jadi loni ni kito akei masuk ke persoale baru iaitu ‘bagaimano membesarkei anok dengan Multilanguage skills?’

Kalu kito baco website http://www.huffingtonpost.com/kevin-wong2/raising-bilingual-childre_b_9558006.html , ado 6 model according to research hok buleh dijadike pandue utk membesarkei multilingual children. Setiap model tu pulok bergantung pado kekangan hok ado dan researchers pun ado bagi suggestion utk setiap model tersebut. Cool gila.



Ambo adik beradik personally tak sedar pun ado model2 ni tapi hok paling dekat dengan pendekatei umi abah ialah bokali model nombor 2. Basically di internet pung meme ado banyok support group hok membantu ibu bapo membesarkei anok2 dgn banyok bahaso especially di US. Di Malaysia takdok kut sbb ramai parents hok gong hok nok anok2 dio kecek English sajo kahkahkah.


Ikut panda puok mg lah nok guno teknik/model mano deh. Oghe klate kato, ‘If there’s a will, there’s a way’. Pepatoh Arab pung ado sebut من سار على الدرب وصل 

Sekian. Kito jupo semula di sesi Kecek akan datang. Assalamualaikum wbt.

Monday, October 24, 2016

What to do after grad?

Cari kerja, obviously.

But allow yourself to relax for a while. Pesan murabbi aku dulu, “berkelanalah selepas grad. Ambil masa beberapa bulan untuk relax sebelum antum masuk bekerja.”

Sambungnya lagi, “bila dah bekerja dah beranak isteri nanti, antum akan menyesal tak gunakan peluang masa yang ada sekarang untuk berlibur.” Berlibur tu aku tambah sendiri. Haha. Tapi lebih kurang beginilah maksud ucapan beliau.

Berlibur tu tak semestinya keluar berkelana/backpack. Bagi yang kesempitan wang (sebab berjoli sakan tak ingat dunia masa zaman belajar), berlibur tu pun termasuklah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa atau bercucuk tanam di belakang rumah atau membaca segala buku yang kita kumpul dahulukala atau melayan anak saudara ke zoo negara atau apa-apa sajalah. Yang penting, kita kena imagine unknowns yang kita tak sempat nak buat bila dah kerja nanti, dan buat unknowns tersebut semasa kita lapang.

[Nota: Unknowns adalah tertakluk pada kecenderungan eg. Hobi, dan kekangan eg. Kewangan masing-masing. Anda sendiri yang lebih tahu.]

Lepas aku grad, aku volunteer jadi fasi untuk program persediaan juniors yang akan ke luar negara eg. WOW, MOC. Tbh, aku ada merasa generation gap sikit apabila bergaul dgn juniors. Terasa tua bhai.

Kemudian, aku melawat sahabat2 di universiti (sebab aku konvo awal gila). Dapatlah merasa takjubnya berada dalam library UTP, UCL, dan macam2 lagi. Bertanya khabar, berbual ttg jurusan pelajaran org lain, berkongsi perancangan masa depan, etc. Semuanya tak lain tak bukan adalah utk membuka minda aku yg selama ni tertutup je dlm dunia engineering. LOL

Kemudian, aku melapangkan masa aku selama yang boleh utk bawa family jalan2. Asal weekend je keluar makan ke restoren best, main boling, tengok wayang, pergi library, melawat sanak saudara, jalan2 makan angin, dll. Mencari masa dan aktiviti utk dibuat pun merupakan satu jihad sbnrnya. Haha.

Kemudian, aku rajin2kan diri membaca segala peluang kerjaya dan post-grad studies yang ada. To prepare for the interviews and all, haruslah practice dan baca tips2 resume/interview yang ada. Aku apply je mana2 tempat yg kosong (tapi tak banyak pun sbb aku study electrical power sobs3) dan attend interviews sebanyak yg boleh supaya dpt biasakan diri ditemu ramah seperti artis.

Lo and behold, aku pun join lah graduate program under MAHB.

Maka berubahlah atur cara hidup aku yang selama ni carefree dan ikut suka hati aku nak bangun pukul berapa. For a few months, aku jadi zombie kapitalis – masuk 8.30 balik 5.30. Kadang2 tu aku dipanggil masuk kerja malam utk supervise installation sampailah lepas subuh. Penat dia Ya Allah taktau la aku nak describe mcm mana.

Antara perangai yang paling obvious apabila berada dlm dunia korporat ialah ego. Ada bos yang tahu je dia selalu kena umpat tapi entah kenapa bos tu tak nak pulak ubah sikap dan buang ego. Aku selaku fresh grad agak tak biasa dgn work culture ‘nak nampak hebat’ mcm ni, tapi lama kelamaan aku terbiasa pula. Macam-macam perangai manusia ya. Di pejabat aku hanya mampu diam dan follow the flow.

Amacam? Dunia korporat bunyi macam tak best kan?

Memang kurang best pun. Ramai dah yang keluar dan buat bisnes sendiri, termasuklah sepupu aku. Beliau founded Cotton Pines dan aku lihat beliau semakin sukses kini. Dan ada juga member ofis yang keluar dan fokus pada bisnes takaful consulting. Pun berjaya jugak. Semoga Allah terus merahmati mereka dengan kejayaan insya-Allah.

Tapi aku percaya kalau kita sabar dan berpegang teguh pada prinsip, insya-Allah suatu hari nanti kita dapat mengubah suasana dunia korporat sedikit demi sedikit. Ceyyy lewah jew. Bergantung atas kita juga untuk menukar negativity kepada positivity dalam ruang kerja. Berikut merupakan antara mindset yang kita boleh reset;

      1) Pergi kerja untuk belajar. Tak kisahlah belajar benda baru atau revise the same job scope, yang penting kita kena selalu upgrade diri agar menjadi modal insan yang lebih baik.

      2) Muhasabah diri. Fikir semula, “aku ni layak ke dapat gaji sebanyak ni? Adakah aku menyumbang kepada kenaikan GDP yang tinggi setara dgn sumbangan yang aku dah bagi?”

      3) Bersyukur. Jangan kejar wang dan pangkat. Malah wang dan pangkat akan datang kepada kita kalau kita selalu bersyukur dan perform productively.

            4) Kalau workplace tu stressful, cari platform to vent our anger and cool our composure. Contoh: gym after work, ambil cuti for travel, atau pergi makan. Yang penting, cari platform tersebut.

Aku ni macam dah lari topik je. ‘what to do after grad’ ni dah patut tukar jadi ‘reasons to not get involved in corporate world’. LOL. Malas aku nak taip buat post baru so aku rangkumkan sekali aje.

Jadi kepada adik2 yang baru grad, ingat pesanan abam ni (poyonya, haha). Lepas grad, relax dulu. Masa kerja nanti boleh je slot in the things that you want to do, tapi nanti kau akan tertakluk pada annual leave and commitments. Unless kau buka bisnes sendiri, maka hal itu lebih terbuka untuk anda. 

Dah. Sekian rungutan abam pada kali ini.

Assalamualaikum wbt.

Sunday, October 9, 2016

Cara berjimat di IPTA


Kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk berjimat cermat di ipta melalui eksperimen yang aku buat selama seminggu. Sebenarnya, tips untuk berjimat adalah sangat universal - maka, segalanya bergantung kepada circumstances masing2 (sebagai contoh, keberadaan di ipts yang mahal atau menjadi pelajar di luar negara) dan kemahuan para pelajar itu sendiri.

Eksperimen selama seminggu ini aku lakukan sebaik saja aku diterima masuk ke Kolej Ibu Zain, UKM sebagai pelajar sarjana. Sebelum ni aku selalu dengar bahawa pelajar2 kita terpaksa ikat perut sehingga hanya mampu makan megi (abstract), justeru, aku cuba untuk berada di tempat mereka untuk mengetahui situasi sebenar (survey analysis).

Aku memulakan minggu aku dengan menerima wang RM100 daripada umi walaupun dah puas aku pujuk umi supaya jangan bagi (walhal happy je dpt duit hahah). RM50 terus aku guna untuk topup kad TnG untuk bayar tol, ktm dan bas rapid. So first day je dah tinggal RM50.

Yang kelakarnya, aku tertinggal berus gigi dan ubat gigi di rumah. Takkanlah nak pakai siwak je kan selama seminggu. Jadi terpaksalah aku keluar kejap ke Speedmart untuk membeli kehendak asasi tersebut. Tiba2 di Speedmart tu aku ternampak sekotak air mineral 1.5liter yang ada sedozen. "Berapa sekotak ni bang?" aku tanya. "6.90," jawabnya. Murahlah aku fikir. Tanpa membuang masa, aku beli sekotak air mineral campur air soya 3 kotak sebab time tu aku rasa dahaga nak mampus. Habis shopping, aku terus dinner di KDO (sebab makanan dia boleh tahan murah). Maka pada hari pertama, bajet aku dah tinggal RM26. Sobs3.

Hari kedua, aku breakfast dgn sepaket biskut oat. Ni mmg habit aku sejak dari overseas dulu lagi. Memang takde maknanya lah bersarapan dgn nasi kerabu kecuali kalau kau kerja menoreh getah atau sedang bercuti di Kelate. Kemudian aku lunch dgn classmates aku di luar di Bandar Baru Bangi. Aku tak berapa familiar sgt dgn Bangi, jadi aku selalu follow je naik kereta mereka. Aku lupa dah nama restorannya... D'Limau Nipis ke apa ntah yang depan PKNS Bangi tu? Makan di situ boleh tahan mahal tapi kalau sedap, aku spend je duit utk try jalan2 cari makan. Campur dgn dinner di kafe KIZ, hari kedua tu yakni hari Selasa: bajet aku dah tinggal RM13 huaaa T_T

RM13 je weh!

Sebelum tidur hari Selasa tu aku terpandang kotak air mineral yg aku beli di Speedmart, lepastu time tu aku teringat yg aku pernah nampak org jual air dan jajan di fakulti GSB. Tanpa membuang masa, aku ambil marker dan tulis besar2 di kotak tersebut 'RM2 sahaja sebotol. Sila masukkan duit ke dalam bekas biru ini. Terima kasih' dan aku letak kotak itu di lobi kolej aku. Nak bagi nampak air aku laku, aku keluarkan 2 botol dan aku bubuh beberapa keping duit seringgit dan wang syiling ke dlm bekas biru tu. Lol.

Untuk hari ketiga, aku breakfast dgn biskut mcm biasa (aku rasa faktor inilah yang buat aku slim kahkah) dan follow classmates makan di luar. Cuma kali ni ada member dari Iraq belanja kami makan. Jadi pengajarannya kalian kenalah berkawan dgn foreigner sbb foreigners ni berkocek tebal muahahhaa. Bila malam berlabuh, aku balik ke kolej, aku tengok botol air dalam kotak tu dah berkurangan. Laku juga, aku fikir. Aku fikir nak collect duit dlm bekas biru tu bila kesemua botol air dah habis dibeli. Jadi hari Rabu tu bajet aku dah tinggal RM8.

Keesokannya selepas subuh hari Khamis, aku tengok kotak air aku di lobi tu dah kosong! Laku keras! Aku pun ambillah segala hasil dan kosongkan meja lobi. Lepas aku kira-kira, aku cuma dpt RM15 drpd bekas biru tu. Sepatutnya aku dptlah RM20 sbb aku jual 10 botol air. Tapi aku mmg dah expect kekurangan ini akan berlaku sbb mungkin ada pelajar yg ambil botol air dulu dan nak bayar nanti tapi dah terlupa (atau mmg ada je yg nak curi huhu). Sudahnya aku halalkan aje lah. Alhamdulillah bajet aku naik sikit jadi RM23. Hari Khamis aku berpuasa jadi aku akan berbuka puasa di masjid UKM saja. Tapi sbb aku lapar jadi aku kena makan juga di kafe KIZ dan aku ada berbelanja sikit di Bangi tadi, maka bajet aku pada hari keempat iaitu hari Khamis sudah tinggal RM15.

Kebiasaannya aku tak beli pun air kalau lunch atau dinner (sbb aku mmg jenis minum air 20 minit lepas makan utk pencernaan makanan yang lebih efisyen lol), dan kebiasaannya aku akan minum drpd water dispenser yg ada di fakulti aku. Water dispenser tu bukan water cooler tau. Air water cooler tu tak berkhasiat, bak kata pengetua kolej aku lah.

Pada hari terakhir eksperimen yakni hari Jumaat, aku berbelanja utk makan tengahari secara ala kadar saja di kolej. Baki wang itu aku gunakan utk pulang ke rumah. Jadi, lepas tolak cukai GST, tol highway dan nilai petrol RON95, bajet yang aku bawa pulang ke rumah ialah RM3.

Drpd RM50 yg aku ada di permulaan minggu (RM50 utk TnG tu tak kira la sbb aku tak guna public transport sgt pun. Plus, bas UKM free je), aku berjaya membawa pulang baki dlm beberapa helai ringgit.

Final budget: RM3.

Kalau kita bundarkan nilai RM50 utk seminggu, maka secara kasarnya kita boleh kata bahawa pelajar IPT memerlukan RM200 lah sebulan. Mungkin lebih sikitlah sbb nak kena bayar yuran kelab, print tesis, beli tuala wanita (yg aku baru sedar mahal sbnrnya weh) dan sebagainya. Lebih kurang sama je masa aku hidup di Edinburgh dulu - aku spend dlm GBP200 jugak sebulan. Jadi aku tertanya-tanya, isu pelajar makan megi ni atas sbb mereka tak mampu nak ada bajet RM200 sebulan ke mcm mana? Kadang2 aku perhati yg duk makan megi tu boleh pulak berbelanja main futsal tiap2 hujung minggu? Boleh pulak subscribe mobile plan yg mahal2 sbb nak stream movie dan bergayut dgn aweks? Entahlah.

Macam aku dah cakaplah sebelum ni; kau bagilah tips survival sehingga buat jerat ayam hutan sekalipun, gaya hidup berjimat cermat ni bergantung pada keupayaan dan kemahuan diri sendiri juga sebenarnya. Kalau diri kita sendiri tak nak berhemat, alamatnya sia-sia sajalah nasihat ibarat mencurah air ke daun keladi.

Haaa kan dah dapat satu peribahasa free.

Last sekali aku tinggalkan kalian dgn satu persoalan yg aku rasa eloklah utk direnungi. Kalau dari zaman mahasiswa lagi kita dah tak dapat bertegas dgn perbelanjaan sendiri, rasa-rasa boleh tak kita berhemat bila dah kerja dah kahwin nanti? Yang bernasib malang dpt awek/isteri high maintenance tu, I bid you guys good luck. Haha.

Sekian.

Tuesday, May 17, 2016

#DAISUKI15 pt.3

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]

"There is exception to everything," merupakan frasa kegemaran Ustaz Ridha. Ada juga kelompok Yahudi Ortodoks yang lantang membantah polisi luar Israel dan ada juga Yahudi yang mesra dan masuk Islam. Tapi kita sebagai orang Islam haruslah sentiasa berwaspada dengan orang Yahudi ini kerana sikap mereka yang bobrok itu sudah terbukti malar hijau sejak zaman berzaman.

Diceritakan juga sejarah kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah - melalui usaha Hertzl dan Ataturk yang terkeji itu - sebagai pengajaran tipu muslihat yang sering kali berulang pula di zaman moden ini. Kuncinya ialah pada sikap Yahudi itu. Jika kita ada sikap itu, kitalah Yahudi!

"Sikap inilah masalah kita!" tegas Ustaz Ridha. Entah kenapa, tiba2 ustaz mengambil contoh sifat orang Melayu yang cepat menuduh dan melabel 'liberal' kepada orang yang tak bersefahaman dengannya. Tetapi contoh yang ustaz beri itu benar - bahawa kita ini jarang sekali bersikap objektif terhadap sesuatu masalah/ilmu.

Sayidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Baginda SAW tetap berpuasa walaupun belum mandi junub sesudah terbitnya fajar subuh. Manakala Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda tidak sah puasa bagi orang yang tidak mandi junub sebelum subuh. Dalam kitab fiqh, perbezaan ini dibahaskan, khilaf diraikan, dan tidak ada seorang pun ulama' fiqh yang memburuk-burukkan peribadi antara kedua-dua sumber hadis tadi, justeru, memanifestasikan keobjektifan mereka dalam mengangkat nilai ilmu. Kita? Personal assassination teghuih la gamoknye.

Banyak strategi komunikasi dan politik yang dikongsi oleh ustaz sepanjang program Daisuki. Dan apabila ustaz ada menyatakan bahawa kegemilangan Islam akan kembali bersinar, aku tertanya-tanya, apakah Islam akan kembali gemilang dalam sistem pemerintahan demokrasi terpimpin? Apakah acuan ini yang paling mantap? Jika ya, apakah peluang dan saluran yang boleh kita semua ceburi untuk turut sama menjadi pendokong kepada kebangkitan agama kita ini?

Segala persoalan ini aku serahkan kepada kalian untuk direnung.

Monday, February 22, 2016

#DAISUKI15 pt. 2

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]


Selain daripada sahabat2 yang membantu perjalanan hijrah Baginda eg. Amir Fahiroh (yang memadamkan jejak kaki Baginda), Asma’, Abdullah Abu Bakar, Abdullah Uraiqit, ustaz Ridha juga memberikan contoh dugaan yang dialami oleh 3 orang sahabat semasa peristiwa hijrah, iaitu Abu Salamah, Suhaib Rumi dan Ayyash.

Abu Salamah mendapat tentangan daripada kedua-kedua ibu bapanya, lalu berhijrahlah beliau seorang diri. Suhaib pula, disebabkan beliau merupakan seorang hartawan, Suhaib ditegah berhijrah kerana ketiadaannya akan menyebabkan cukai Mekah berkurangan. Suhaib lalu memberikan kesemua hartanya dan berhijrah sehelai sepinggang. Sebaik tiba di Madinah, Ayyash mendapat makluman bahawa ibunya memprotes di Mekah dengan cara meletakkan dirinya di tengah panas. Ayyash berasa kasihan dan membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah. Malang buat dirinya, Ayyash ditangkap lalu disalib di sana. Begitulah antara kepelbagaian dugaan yang dialami oleh para sahabat semasa peristiwa hijrah.

“Berbaloi ke pengorbanan ni semua?” tanya ustaz. "Asma’ ditampar kerana tak menjawab apabila ditanya di mana ayahnya, pada waktu beliau mengandung.” Seperti biasa, apabila tiada siapa yang menjawab, ustaz sendiri yang menyambung, “because that’s how Islam goes.” Pengorbanan harus dilakukan kerana pintu syurga tidak ditaburi bunga dan dihampari permaidani merah sebaliknya dihiasi dengan cubaan dan ujian. Hanya yang istiqamah sahaja yang akan berjaya.

Zaman Baginda SAW ialah zaman penguasaan sesebuah negara melalui penjajahan dan pembunuhan sebagai pembuktian kekuatan sesebuah negara. Justeru tak benar sama sekali tuduhan yang dilemparkan oleh golongan orientalis bahawa Islam merupakan agama yang suka berperang. Baginda SAW datang dengan manhaj untuk menggalakkan hubungan diplomatik dan perbincangan sebelum peperangan. Walau bagaimanapun, Baginda tak mengharamkan peperangan secara mutlak kerana ia merupakan sistem semasa yang diamalkan seluruh dunia ketika itu.

Friday, February 12, 2016

#DAISUKI15 pt. 1

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]

[kredit: fb puisi]

Konspirasi di Darul Nadwah juga tidak banyak bezanya dengan konspirasi musuh agama yang berlaku pada masa ini. Penentang Islam di Barat (termasuk juga di negara kita Malaysia) begitu aktif menghebohkan IS sebagai pengganas. Walhal Islamic State maksudnya ialah negeri Islamik - sebuah konsep kenegaraan yang tak salah, malah perlu menjadi matlamat setiap gerakan islam di dunia. Manakala pengganas yang membunuh tanpa sifat kemanusiaan di Syria itu tak layak digelar IS. Mereka pengganas, dan pengganas sahajalah mereka itu.

Tegasnya, musuh-musuh islam tak akan pernah berehat daripada berkonspirasi untuk menjahanamkan islam.

Adapun sistem syura di Mekah pada zaman itu tidaklah jahiliah sangat. Ia bersistem, dan hampir menyerupai amalan demokrasi yang kita anuti pada zaman ini. Antara sistem yang ada persamaan dengan kita juga ialah autokrasi - menekan golongan hamba dan pertengahan - lalu Baginda Muhammad SAW datang mendekati golongan tertindas dengan penuh common sense ie. hak semua orang sama sahaja (human rights).

Syeikh Muhammad Al-Ghazali menyebut bahawa;
"berita dakwah Rasulullah (pada peringkat awal perkembangan secara rahsia di rumah al-arqam) telah pun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi ianya tak dipedulikan sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Saidah, Amru bin Nufail dan lain-lain. Walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati dari hari ke hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini."

Sehinggalah dakwah terang-terangan yang Baginda tawarkan di bukit Safa. Baginda ditentang kerana ianya bersifat revolusi; seruan menentang berhala dan menolak cara berfikir datuk moyang mereka.

[kredit: fb puisi]

Mesej utama slot ini ialah kepentingan menguasai emosi diri dan pasangan dalam hidup berkeluarga. Ustaz menyebut ‘kompetensi’ sebagai prasyarat penting bersuami dan beristeri, seperti yang dicontohkan oleh Siti Khadijah dalam menilai Baginda Muhammad SAW sebelum melamarnya. Lalu buku-buku psikologi seperti Men are from Mars, Women are from Venus dicadangkan sebagai bacaan asas untuk mengharmonikan rumah tangga.
 
Apabila Ustaz Ridha bertanya kepada peserta kenapa tak boleh polyandry, jawapan yang diberikan ialah ‘nanti tak tahu siapa bapa kepada anaknya’. Ada juga yang mengaitkannya dengan penyakit STDs. Kesemua jawapan yang diberikan oleh peserta-peserta ini benar tetapi teknologi moden mampu merungkaikan segala masalah ini lalu jawapan yang paling tepat ialah kerana Allah mengharamkannya. Ustaz Ridha kemudiannya membetulkan dan menegaskan worldview untuk melihat kerangka agama; bahawa bukti saintifik hanyalah sebagai alat untuk mengukuhkan keyakinan, bukan sebagai asbab utama hukuman agama itu diturunkan.


Anjuran berpoligami ialah urusan khilaf fiqh, dan ustaz cenderung utk berpendapat bahawa Islam menganjurkan monogami. Limitasi yang Islam beri kepada 4 org isteri sahaja merupakan suatu anjakan paradigma dalam sistem masyarakat jahiliyyah yang menjadikan perempuan sebagai barang dagangan.

Ambillah kisah Baginda dan Khadijah sebagai novel cinta yang teragung. Sirah itu jangan dimatikan, tapi hidupkanlah ia dalam hidup kita seharian (<- ayat="" font="" kot="" ustaz="">