Pages

Saturday, July 3, 2010

Lakonan pemain bola world cup


“say no to racism”

          Kalau dilihat semua blog yg terdapat di sebelah kanan ‘interface’ blog ini, rata-ratanya sudah mengepos sekurang-kurangnya satu entri berkenaan FIFA ‘world cup’. Penulis juga berasa terpanggil untuk meluahkan kolam rasa dan pendapat yg terbuku kerana WC pada tahun ini dilihat sungguh unik. Masakan tidak, pasukan-pasukan ternama dan gergasi seperti brazil, England, Portugal, argentina dan lain2 sudah tersingkir di peringkat awal kejohanan. Sudah adat permainan, yang kuat terus hidup, yang lemah balik rumah la…

          Sebenarnya, apa yang aku nak utarakan di sini ialah kepondanan dan lakonan hebat pemain2 WC. Cuba anda semua kira; berapa banyak free kick dan tiupan wisel dibunyikan sepanjang perlawanan? Sikit-sikit nak jatuh dan pura-pura sakit apabila di’tackle’. Bila muka kesian pengadil diberikan, boleh pulak mereka bangun, buat muka sakit makin lega dan ambil free kick. =.=’ memanglah niat mereka murni sebab berkehendakkan sepakan percuma, penalty mahupun kad kuning dilayangkan kepada pihak musuh. Tetapi, kita sebagai penonton ni, dah rasa menyampah dan jemu akan kehambaran mutu permainan yg dipersembahkan. x gitu?

          Kalau kita tengok generasi pemain bola terdahulu beraksi, semua lakonan ni memang sumpah tak ada la. Tak payah susah2 tengok orang lain, cuba tengok kat diri sendiri pulak. Kalau kau orang sedang menggelecek bola secara solo dan dah nak sampai ke gawang gol lawan, tiba-tiba, ada sorang mamat tackle kamikaze dari belakang. Apa reaksi kau orang? Kalau aku, songket bola dan lompat tinggi2 kasi orang yg tackle kita tadi tu menggelongsor kat bawah. Pastu biarkan dia terkontang-kanting kat tengah padang dan teruskan permainan.

Tapi, tapi, tapi… WC 2010 bukan macam itu. Kalau kene ‘tackle’, kaki pemain sengaja menyentuh badan si pen’tackle’ dan terus jatuh macam nangka busuk. Lakonan mantap. Siap guling2 gitu… rosyam nor pun tak dapat buat camtu. Dah jatuh, masing2 angkat tangan kat pengadil. Sebelah tangan diangkat macam budak tadika nak jawab soalan cikgu dalam kelas, sebelah tangan lagi pulak diunjukkan kpd pemain yg lg satu; bahasa badan nak tuduh dia yg jatuhkan aku. Har har har… banyak penipuan sial… tak pernah kot aku tengok Mokhtar Dahari buat camtu. sriyes...

p/s= penulis minta maaf jika ada terpoyo bagus sgt main bola sepak dan terbuat sesetengah pembaca makan cili api. Bukannya apa… aku dah main bola sejak usia aku belum menjejakkan kaki ke tadika. Dan segala ayat2 di atas tersebut hanyalah luahan perasaan dan pendapat peribadi semata-mata. Tata titi tutu… and ohh btw, apa signifikan teknologi ‘super slowmotion’ SONY dengan mandat kuasa yg ada pada tangan pengadil bola sepak?? Hampeh~

3 comments:

ezan sahizzah said...

anjang.,pasni ko jadi la wakil malaysia gi WC...nnti dah faymes, bukan pihak lawan je nk tackle ko dari belakang, peminat2(pompuan) pun akn tackle ko dari blkg...klu dorg sentuh ko,jgn "jatuh" plak..nnti dapat "kad merah"...jgn arap kaki je kuat sepak bola, iman pun kena kuat skali...saje je nk bg pesanan kt ko...
p/s=ade x pemain bola malaysia pkai seluar hitam(yg tutup lutut)??boleh bw gi wc x??

nazrinafifi said...

hehs.. pnjang ber-jela2 pesanan ko kat aku. mekasih sahabat. pemain mlaysia pkai seluar pnjang? xsilap aku dlm match xleh kot.. tp rmai je pmain mlaysia yg pkai tight tutup aurat. cume nak xnak je.. kalu ko tngok player islam yg pkai short shj tu mksudnye dye xnak ar tuh.. simple simile.

btw, "jatuh" eh?? majazi sungguh kate2 anda.. xpe, nnt kau mesti tolong aku; tarik aku ke siratul mustaqim an?? ho3.. skali lg, trimas sahabat...

Eyl said...

biasa la bro, world's greatest drama king are football players kan.hehe