Pages

Saturday, November 13, 2010

Falsafah hidup tak boleh senang

           Baiklah, disebabkan hari ini saya gembira tapi tak tahu kenapa, saya nak tanya soalan pelik; siapa2 yang pernah mengalami luka berjahit, sila angkat tangan!!! Eh, ini soalan ke? Ah.. suka hatilah. Yang pasti, mesti ada dalam kalangan kamu semua agak kepelikan dengan tajuk entri ini. Aku bukanlah ahli falsafah (seperti Imran Rasid yang petah berbicara dalam Majlis Fikir) mahupun ahli Parlimen yang mahu pendapatnya diterima bulat dalam Dewan, tetapi hanyalah insan biasa yang juga sama seperti kamu, engkau, demo dan enta; merasai pengalaman hidup yang lebih kurang sama.

          Terus ke titik. Dulu, kita selalu alami kesakitan mental dan fizikal tanpa kita sedar. Bagaimana? Dari segi fizikal; jatuh, luka, kemudian demam atau selesema. Mental; dimarah ibu dan bapa/cikgu2 di sekolah. Rasanya, kebanyakan manusia bersetuju bahawa deraan mental lebih seksa dan tak tertanggung berbanding kesakitan fizikal. Biasalah, darah muda. Rebellious, memberontak kuasai minda, ye dak?

          Semasa aku di darjah empat di sebuah sekolah agama KAFA, aku pernah kena ‘accident’. Teruk jugak ahh… nak dijadikan cerita, aku tersungkur ketika sedang asyik berlari laju main kejar2 masa rehat. Kejadian berlaku dengan pantas. Sekelip mata, kepala aku menuju laju dibelah tiang pagar dawai besi. Tangan pun tak sempat menahan badan daripada mengenai Bumi. Pastu, GEDEGANG!!! Bengkok bhai tiang besi tuh…

          Lalu aku mencapai kopiah di kepala. Drpd warna putih, kopiah tu terus complete jadi pink. Eh silap, merah… pastu kujamah ubun-ubun, macam ade longkang aje… lalala~ tau2 aje aku genyeh mata sebab erythrocytes mula mengalir laju menuruni pipi. Tapi, ajaibnya kejadian Tuhan bernama ‘budak’, aku tak menangis, sebaliknya kusenyum meleret (sedekah). Sebab apa aku senyum? Sebab falsafah tak boleh hidup senang.

          Cuba korang bayangkan hidup tanpa ujian… sumpah bosan dan hambar. Bagi aku, peluang untuk cedera perlu direbut kerana kejadian seperti inilah yang mendidik aku jadi orang yang sabar, reaction time yang pantas dan immunity yang ganas. Woha!!! Aku tahu mesti ade aje org nak fire aku pasni…ya, aku sedar dan faham dan tahu bahawa islam tidak anjurkan perbuatan yang memudaratkan diri. Tapi, ini hanyalah pendapat aku. Yang tak nak ambil pusing, duduk diam2 sudahlah… lalala~ pastu, mesti ade orang kate, “kalau kau mati camne?” ajal maut di tangan Tuhan… *insaf2~

          Bagi anak2 muda yang berpegang dengan falsafah hidup tak boleh senang, Xgames dan parkour diperkenalkan *malangnye, tak ade tempat untuk aku praktikkan skil parkourku di kolej… oh sedihnya~ ceh… padahal boleh aje main sukan lain, Cuma… err… entahlah.

          “pakcik… sudahlah tu.. berehat je kat rumah. Sepatutnya pakcik habiskan sisa hidup pakcik bersama-sama keluarga, cucu, cicit kat rumah, bukannya habiskan duit pencen untuk Boer dan Jamnapari nih… L

          “ala… pakcik bukan ape… pakcik tak senang punggung la duduk kat rumah lama2. lagipun, kalau tak turun ke kandang, sejuk tulang pakcik nanti asyik duduk di rumah aje…”

*kan ke elok falsafah hidup tak boleh senang digunapakai dalam kita menunaikan ibadat kpd Tuhan Pencipta Malam. Oh, insaf lagi…

3 comments:

Nur Izzati Abdul Rahim said...

insaf ayat last. jakhoh philosophy.
kalo nk mati bila2 je bole. didik jiwa jgn hazaralmaut.

Nina Mazlan said...

nice one =)

nurainamir said...

hidup xleh senang? memangkan? nak kunyah makanan pon, berapa bnyak tenaga ko guna? nak cernakan makanan? nak cmpletekan process aerobic respiration pon..36 ATP..lalala..merepek da..hidup xpernah senang fi..