Pages

Friday, December 17, 2010

Antara 2 generasi

bro kau nak join aku hisap rokok tak?”
“hah? Hisap lagi…brape batang dah kau tibai hari ni?”
“ekele banyak bunyik arh kau… aku rase aku kurang ‘power’ la hari ni…”
* ’power’ di atas merujuk kpd kelincahan di atas court futsal ye…

          Tersirap sekejap darah aku bila dengar budak2 sekolah taraf hingusan berbicara sebegitu rupa. Habis luntur semangat aku nak main futsal pada petang tersebut. Tapi dialog ni semacam sudah jadi kebiasaan la dalam kalangan budak2 urban subang jaya ni. Entah apa nak jadi pun aku tak tahu… hadoih~

          Disebabkan dah lama tak lepak dengan budak2 nih, the bright side is that mereka makin power la main bola. Entah berapa ribu la duit habis beli kasut futsal branded yg kaler warna-warni tuh. Heh. Anak orang kaya, semua dapat. Fikiran diorang semua makin matang, Tapi… erghh… makin teruk pulak gejala sosial mereka. Arakian bersedihlah aku…

          Ada jugak niat di hati nak tarbiah bebudak nih… ala2 macam dalam novel Syabab Musafir Kasih karya Kak Ha. Alhamdulillah diorang respek, hormat,sekepala ngan aku, tapi… mampukah aku mendekati mereka? Takkan nak jadi aku yang dulu; main aci lempang2 aje… Arakian bersedihlah aku…

--------------------

            Cuti kali ni aku banyak follow mak aku hadiri kuliah2 muslimat di usj9. Sambutannya; alhamdulillah sangat menggalakkan. Kadang2 terdetik jugak bahawa beruntungnya para ibu yang tinggal di bandar berbanding di kampung. Bukan apa… cuma aku rasa aktiviti masjid untuk kaum wanita seolah-olah tidak kurang ‘hidup’ di kawasan luar bandar…

          Yang menyedihkan, peserta kuliah muslimat terdiri daripada golongan professional, atasan dan orang tua2 sahaja. Mak aku pun luahkan juga suara hati. Tiap2 hari kena mingle dengan datin2, dato’2, warga emas dan golongan yg tereducated. Kemana pulak golongan wanita muda? At least yg sebaya dengan mak aku pun… takkan tak boleh nak luangkan masa ke masjid hadiri kuliah?

          Kuperhatikan, kebanyakan member2 mak aku yang dulunya dahsyat, kini dah berubah. Daripada dulu tak bertudung rambut perang banggakan pangkat datin-ntah-kebenda-la dah berubah bertudung kini. Tu sebab aku kata biah islam di bandar kadang2 lebih baik drpd di kampung. Entahlah… pendapat korang?

P/s= aku rindu ustazah sekolah rendah agama aku dulu… uwaaa~ *series rindu.
 p/s= selepas ini, frekuensi entri untuk blog aku akan berkurangan... lalala~

2 comments:

Cahaya Kurniaan said...

Salam alaik..tgk tmpat la,tp kat kg aq,ok la biah islam.. ade wat klas agama n etc..but neway,tpulang la gak pd msing2

Nina Mazlan said...

betul fifi.kt kampung,mcm besout ni :P,lg sosial kdg2.ak nk keluar rumah ponn malu -_-!

nasib ak sekolah luar.dptla tarbiyah usrah suma2 tu.kwn2 ak kat sini,ntahla,ak nak tarbiyah drg ponn jarang jumpa :(

btw,xsuka lelaki merokok =.=