Pages

Monday, July 4, 2011

Reminiscing ISO


Yo assalamualaikum modern boys and tudung urban girls sekalian!! (pergh dah mcm blog theotherkhairul pulak… erghh)

------------------------------------

          Azan maghrib berkumandang. Aku mempercepat langkahku ke masjid, takut terlepas takbiratulihram bersama-sama imam. Masjid kariahku taklah jauh mana… ada la sekadar sepenanak nasi kot…. Dan kira-kira sepelaung sebelum aku sampai ke masjid, aku memperlahankan langkahku, mendongak ke langit, menatap wajah anak bulan yang tenggelam timbul di sebalik biasan mega merah mentari. Ah cantiknya…

          Anak bulan tersebut dah naik tinggi… lebih kurang 45’ dari garis ufuk. Sudah cukup jelas untuk aku interpret bahawa maghrib itu dah masuk hari keempat bulan hijrah… yakni bulan Syaaban. Tak payah susah2 bukak calendar mahupun set-up theodolite… hehs. Sejurus memikirkan bulan kenabian, secara automatik aku berdoa ‘Allahumma baariklana fi Syaaban wa ballighna Ramadhan…amin’ dan secara automatik juga aku terkenangkan ISO.

          ISO yang aku maksudkan bukanlah tetapan cahaya seting kamera, juga bukanlah pengiktirafan kualiti syarikat, tetapi merupakan sebuah persatuan yang secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2006. Exact date ditubuhkan aku tak ingat, tapi dalam lingkungan beberapa hari sebelum Rejab pada tahun tersebut.

ahh... terkenang pula zaman muda-muda.


          Ceritanya begini (macam penglipurlara pula… ewahh!). Latar masa; 2006. Latar tempat; dalam kelas tingkatan 2 Al-Biruni. Tepat jam 10.30 malam, blok akademik mesti kosong dan gelap. Mana2 student yg ada di blok akademik dan kelas yg masih terang selepas jam 10.30 akan didenda. Pengawas dan warden pula berjaga dengan bengisnya di dataran perhimpunan. Tak boleh prep malam lagi. Arakian, para pelajar berpusu-pusu ke surau. Macam kerbau dicucuk hidung pun ade aku tengok.

          Maka dalam sekelip mata, blok akademik menjadi sangat lengang dan senyap. Deserted. Dan maka terdapatlah beberapa insan yg masih berada dalam kelas yang gelap tersebut. Mereka tidak hiraukan peraturan. Malah mereka lebih suka melarikan diri apabila kantoi disergah warden. Thrilling barangkali, fikir mereka. Dalam kegelapan berada di dalam kelas itu, mereka berborak. Mencatur strategi.

“Rejab dah nak dekat. Lepas tu Syaaban, lepas tu Ramadhan. Alahai cepatnya masa berlalu… rasa macam baru je semalam kita bertarawih dlm Ramadhan yang lepas…”

“Ok apa plan kita menjelang 1 Rejab nanti?” pintas salah seorang daripada mereka.

“Macam biasa lah… Taqiyuddin dan Hafizi tukang kejut. kita sahur sama-sama.”

“Kejut orang aku orak masalah… tapi kene ade orang belanja aku sahur la… hehe,” balas Taqiyuddin si mat Jawa.

Haha. Semua ketawa. Si jawa ni mmg terkenal makan banyak, walaupun badan kecik mcm aku. Selingan ngauman cengkerik sebentar…

“Apa kata tahun ni kita tarik lebih ramai orang. Kalau buat kita-kita je nanti orang kata kita ni geng assabiyah…” suara Irhamni, seorang akhi yg kini menuntut di Iskandariah Mesir.

“Ok gak cadangan tuhh… lebih ramai, lebih meriah!!!” Faruq menyahut.

“Aku suggest kita tubuh satu grup underground, buat task division… pergh macam Al-Qaeda beb!!!” sampuk Zahiruddin.

“Btw, cadangan menubuhkn grup tu mcm cool jugak. At least kita boleh kumpul duit dan beli makanan2 untuk sahur…” Irhamni nampaknya berjaya meleraikan konflik kecil.

“Aku namakan grup kita… Geng Kejut Sahur. GKS. Amacam ok…?”

“Boleh tahan. Aku suggest… ISO. Nak?” cadangku.

“ISO? Waddehel genamo rima tuh…?” tanya pula yang lain-lain.

“Islamic Student Organisation. English la. Baru ada market. Ok?”

“Yeah… setuju!!! Ai. Es. Ow. ISO.”

“Errr… aku rasa kita dah lewat nih. Dahla asyik muka kita je yg supper lebih kat dewan makan. Lama2 segan pulak aku…” cover Irhamni.

“Muka kita? Kau sorang la!!!”

Haha. Gelak berjemaah lagi. Maka tertubuhlah ISO pada malam itu. Seusai prep malam.


          Aku masih ingat, Faruq menawarkan diri menjadi bendahari ISO. Collect duit daripada ahli ISO untuk membeli makanan yg boleh dijadikan sahur pada Rejab dan Syaaban. Uniknya, ISO tidak menetapkan ahli2nya untuk membayar amaun tertentu. Sebaliknya, ahli2 bebas untuk menginfakkan apa-apa jumlah wang ke dalam tabung ISO. Nak beri, beri. Tak nak beri, sudah. Terpulang pada budi bicara masing-masing. Yg penting, ahli2 dipesankan agar ikhlas dlm berinfak.

          Begitulah ISO. Sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran oleh penaungnya, saudara Irhamni. Organisasi ISO memang simple. Ada penaung, bendahari dan 2 orang tukang kejut. Tu je. Exco-exco tak payah. Masing-masing pandai2la main peranan sendiri. Kalau rasa nak swap tugas, bagitahu jek. Tak payah buat meeting minit mesyuarat segala bagai tu haa. Alahai bestnya zaman muda-mudi dahulu kala. Ahhh… aku digamit memori!!!

          Rasanya sekadar itu aku berceloteh. Bateri laptop pun dah nak habis ni haa. Kepada kipas-susah-mati ISO yg tak disebut namanya di sini, daku pinta kemaafan lah kiranya kerana melupakan kalian.


Pesanan penaja; kalau korang aware sekali pun takde hadis sahih (hasan dan dhaif maybe ada…^^) pasal fadhilat bulan Syaaban, tak bermakna tak perlu beramal kan? Yo bro and sistah, at least exercise warming up lar sket for the upcoming Ramadhan...!!!

*ejaan yg betul ialah Ramadan, bukan Ramadhan. Kalau dari tadi korang bace post aku dan sekarang baru realize aku tertypo (disengajakan sebenarnya), maknanya korang tak cakna bahasa!!! Wihihi~

          

4 comments:

nur amir said...

camtu rupenyew al-kisahnyew..owh~

Nur Ilyani said...

ISO budak al-biruni..hoho

nazrin afifi said...

ain; hihi. kisah kanak2 ribena je pon.. form 2 aku pun tak baligh lagi.. woha!

ili; hoho.. tak tak. gabungan alfarabi ngan alkhawarizmi sbnrnye.. network kitorang besar. time tu juniors ngan seniors pon ade yg brminat.. ^^

Nur Ilyani said...

gler dahsyatla..smpai g2 skli..tp skg sumenye da merata gi merantau