Pages

Saturday, October 22, 2011

“main pakai otak, bukan stik…!”



          Aku tersenyum keseorangan. Ketika itu, aku baharu menapak keluar dari surau as-saad dan bulan penuh baharu sahaja meninggalkan Jupiter sebanyak beberapa darjah di ufuk timur. Ayat cikgu zul, “main pakai otak, bukan stik…!” sudah beberapa kali menerjah minda dan lantas aku digamit rindu ohh~

          Haha. Bermadah kata pula kali ni. Bukannya aku tak suka bermadah kata, tapi kalau dah cross the line of language-dignity-sort-of-thing macam genre novel ‘Cekik’ oleh Fixibook (sue me!!!), baik tak payah…! Kalau suka broken mix language, elok broken terus sampai mati je. Ini tidak, formal paperback book dicampuraduk kelucahan bahasa dan manifestasi keruntuhan social masyarakat. Konon urban… Kejadahhh!!! Err… Rais Yatim sila ambil tindakan sekian terima kasih.

Emo sebentar. Tak lama pun. Aku ok, insyaAllah.

---------------------------------------

barisan palapes tanah air


“Weh, tak bahaya ke main hoki? Mcm horror gilaa kot”

“Sakit belakang duhh.. weh aku nk stop doh main hoki. Aku cuak nnt aku bongkok je bila tua oh…”

          Ok, memang tak dinafikan field hockey ni agak berbahaya. Dan memang kalau main lama-lama akan sakit belakang. Dan kalau perempuan main, ada kata-kata orang tua cakap nanti betis akan jadi besar gabak so akan jadi tak cantik (pengakuan kawan mak aku in which I’d no idea on where does the statement relies on… duhh). In a nutshell, banyak buruknya main hoki ni… jadi lebih baik hengkorang cari hobi lain mcm main dekcok ke… tarik upih ke… main masok2 ke buleh gop huhu…

          Umi aku guru pakar bahasa, sebab tu aku minat linguistic dan morfologi. Umi aku jugak terel gila masak, sebab tu aku masak air in less than 5 minutes je hebak gila aku. Umi aku pon main hoki masa kecik2 dulu jadi wakil sekolah beb, sebab tu aku pon minat gila main hoki siap wakil negeri lagi, cewahh. Tapi bukan soal keturunan yang aku nak tekankan di sini. To be frank, aku main hoki sebab hoki itu hidup aku. It’s actually more than just a mere continuation of what my parents did.

Alahh aku bagi contoh mudah. Contoh la mak kau dulu ustazah ngajar ngaji kat pondok, adakah atas sebab itu dikau menyandarkan alasan kau knape kau dah jadi orang sekarang? Dah jadi urmm ikhwah bergaya dalam D&T? hoho. Sudah tentu tidhaaakkk bukan..? Sebab kita realise, apa-apa yg sebenarnya penting dan diperlukan dlm hidup kita… Well, bergantung kepada minat masing2 lahh of course. We choose to be like that, not because we’re choseng (haa amik kau Ganu tubaik).



Jom berbalik kepada topik kenapa aku bermain hoki walaupun memang dah terang tang2 risiko game hoki adalah sangat tinggi. Aku buat list lah senang…

1.    Game ni kena ada partner. Dan teamwork. Tak boleh main hoki sorang2 sbb nnt akan jadi bosan. Mcm aku laa senang citer… kat kolej aku main dribble sorang2, practice accuracy sorang2, pinjam stick kat stor pon sorang2… oh pathetic sungguh.

2.    Cuts, bruises, blisters, cramps are just a normal part of it. Love those.

3.    Reaction time kena tinggi gila. Lagi2 kalau jadi first runner time defending penalty corner.

4.    Fatigue. Serious, main 15-minute-match pon dah penat gile. A kind of stamina test jugak laa apart from the bleep test.

5.    Stadiums. Brape banyak je pon turf hoki kat Malaysia. So, basically aku dah merasa turf tun razak jalan duta, stadium putra bukit jalil, kat kuantan nu haa and etcetera2. It’s just being awesome ahh duk dlm stadium besar hoho!

6.    Main pelangi. Siap boleh pijak sentuh dan lompat2 atas pelangi. Best gilaaa

7.    Stik komposit. Kalau time duk asrama dulu2 aku guna stik je la nak balun budak2 hingusan yg kantoi hisap rokok. Eh..? haha.



          Sebenarnya pun kan, aku langsung tak terfikir boleh ter-stranded di Kolej-Yang-Ulu-Entah-Mana2 nih. Apa yg aku ingat masa form 3 ialah, study cemerlang gemilang pastu masuk UTM kat Johor (pasal apentah dulu2 aku target UTM… heh) dan main hoki, kalau tak di peringkat kebangsaan, masuk kelab pon jadi la… sumpah aku jelas dengan si Fitri: beliau start main untuk KLHC dari umur 19 tahun kot… pergh.

          ‘Ala kulli hal, walau apa pun bidang sukan yang hengkorang ceburi, majulah sukan untuk Negara!!! Laraskan niat dengan elok. Bukankah Allah lebih menyukai orang beriman yang kuat dan cergas dan sasa dan hoyeahh..? olraite, damai keluar (baca: peace out)
          

7 comments:

Anonymous said...

Nape UTM ohhh?

fifi said...

well, maybe sbb time tu mcm ade bnyk achievement yg UTM raih, especeli in technology, innovation dan mendalah robotik2... dlu2 ak suka pegi science fair, so setiap kali aku pegi, delegation drpd UTM mcm gempak2 la jugak commonly... hmmm tu je lah kot

Nur Izzati Abdul Rahim said...

rindu hoki

sh. said...

Sengal la fifi. =.="

nur amir said...

antara game yang agak creepy, after rugby.. =='

fifi said...

kak sherah; tang mana plak yg sengal..? haha.

ain; heh. aku define hoki mcm... "nicest, sexiest, thebestever!!!" haha.

hanifpearth said...

wei..tak taulak ko main hoki ea? ada geng ni..hahahah