Pages

Thursday, March 22, 2012

what lies behind 'keputusan spm'?



It’s that time of the year again: the day spm results being announced nationwide. Entri kali ini sekadar suka-suka, tapi semoga bermanfaat buat semua yang membacanya (pernah pulak entri aku bermanfaat? Haha). Hajat diri bukan ingin membicarakan isu biasiswa or of the sort ‘what’s next after spm?’, tapi berkisar tentang…

...kepuasan individu, kepuasan masyarakat, dan pengamalan ilmu.

            Sudah menjadi resam dan adat masyarakat, ibu bapa akan memberikan ganjaran kepada anak-anak mereka atas keputusan peperiksaan yang cemerlang. Zaman dulu, selalunya budak2 laki mintak motosikal...zaman sekarang, ada je yg mintak kereta. Takpun, paling koman, dapat semakfon atau leptop atau Ipad. Well, aku pun tak terkecuali. Masa dapat 5A upsr, abah aku bagi handset Nokia kot. Gila. Kecik2 lagi dah dapat handset, walhal aku tak mintak apa2 pon...

            Masa jantung tengah dupdapdupdap nak terima result upsr dulu, aku ada terfikir jugak hadiah apa nak bagi kat parents kalau dpt 5A. Ada jugak tercadang nak buat kad je wish ’thank you umi abah for everything’. Sbb dulu2 aku suka buat kad2 ni, mengalahkan adik pompuan aku haha. Ditakdirkan Allah, aku dpt 5A. Tipu lah kan kalau aku tak gembira. Mana taknya, pengorbanan tu banyak...pergi tusyen, kelas tambahan sekolah lagi, abah pulak beli berbakul-bakul buku revision.

            Tapi, kepuasan aku dapat 5A tu cuma 2 minit. Lepas tu, aku tak pikir dah pasal aku. Slip keputusan tu dilipat dan disimpan dalam poket, lalu aku memerhatikan satu persatu wajah sahabat2 di sekolah. Prioriti pada ketika itu ialah nak tahu siapa yang tercicir dalam kelas aku dan nak dekati kawan2 yang tak dapat result seperti yg diharapkan. Haih tak tahu lah kenapa semangat batch masa zaman aku ni dahsyat gila. Mungkin sbb kitorang batch pioneer upsr kat skolah tu, jadi secara tak langsung semangat ingin mengharumkan nama sekolah tu sangat tinggi lah ye kawan2.

            Then it turned out that I don’t need to make cards. I gave the boarding school offer to my parents. Rasanya, pemberian surat ‘urusan paduka baginda’ tu lebih best kot, hihi. Arakian, bermulalah kembara pmr dan spm di sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di luar bandar….

            Cerita pasal result pmr pulak agak scary. Boleh pulak aku mengalami nightmare hari sebelum pmr diumumkan. Aku mimpi aku dapat 8A 1B. B tu bahasa arab. Pastu datang la lembaga berupa Ustazah Ku Zainab, marah2 aku dan interrogate aku. Pengalaman dileter ustazah sbb dpt B bahasa arab merupakan my worst nightmare la habaq kat lu. Bangun2 je menyimbah satu badan… lega ianya hanya mimpi….

            Masa nak amik result kat sekolah, mimpi yg sama dok menghantui fikiran aku. Last2 aku fikir, ahh redha je lah kalau dpt B bahasa arab… aku pun bukannya orang arab pun. Kalau dapat B bahasa melayu tu ye lah kott kalau rasa nak malu nya. Lalu masa pengumuman pun tiba. Panjang pulak ucapan alu-aluan dan analisis cikgu haiz~ Apabila ucapan habis, kitorang diminta beratur di kaunter kelas masing-masing untuk check result. Awkward kot. Mula2 semua taknak beratur sbb cuak… lepas kena paksa, baru kitorang pegi ke kaunter…-.-

            Aku pun mendekati kaunter 3 Al-Biruni. Di kaunter tu ada sehelai kertas yg tertera list nama pelajar dan keputusan pmr in table form (kot, dah lupa). Aku tengok list kelas aku tu dari atas sampai bawah secara kasar. Ada 30 students kesemuanya. Aku tak cari nama aku. Sebaliknya, aku terus perhati keputusan pmr di sebelah kanan jadual dari atas sampai bawah. Macam tak percaya. Aku tengok dari atas sampai bawah buat kali kedua, tanpa melihat nama2 pelajar di sebelah kiri. Ok, kali ni aku percaya.

            Aku pun tergedek-gedek jumpa abah kat belakang dan cakap, ’abah, alhamdulillah semuo oghe dale kelas abe buleh 9A’. Abah aku pun macam biasalah, senyum pastu terus call umi. Sekali lagi, pada kali ini, kepuasan aku peroleh 9A hanya lebih kurang 2 minit. Lepas tu; aku sibuk dok tanya result kat kelas lain. Mengetahui keputusan orang lain lebih menggembirakan bagiku. Rasa sebak pun ada. Berkongsi kegembiraan dalam jemaah. Kepuasan sekolah dan ahli2 batch. Out of 90 candidates, 60 buleh 9a, lg 18 buleh 8a1b (kot...).

            Exam bertulis dunia, ketiga terbesar dalam hidup; spm. Kepuasan individu masa dpt result spm ni lama la sikit kot... sbb persiapan spm mcm x seberapa. Subjek yg paling aku tak yakin dapat A+ ialah bahasa melayu, yang yakin pulak sejarah dan bahasa arab tinggi je. Dahlah aku first batch guna sistem A+ (khabarnya markah 90 ke atas), so lagi lah aku x expect pun dpt semua a campoq, huhu...

            Pagi itu, Cikgu Fuad kat atas pentas cakap ada 2 org pelajar dpt stret a+ tahun ni. Dlm hati aku, ’mintak2 lah sekolah aku top 3 malaysia tahun ni... tsk tsk’. Aku pandang kanan, nampak muka Badak. Pandang kiri, ustazah mariaton (ajar pqs) senyum kat aku. Peluh mula merenik di dahi, sbb memang dewan seri gemilang ni tak pernah sejuk nya pon... Tiba2 nama aku pulak yg first kena panggil naik atas pentas. For the first 5 seconds, aku blur jap. Boleh pulak abah yg dok sebelah aku gelak. Ciss

            Di atas pentas dengan abah yg dok busy texting ngan handset beliau, and as cikgu fuad called out names, my mind spun fast. The memories of struggleness and friendship kept flooding my brain gates, oh well. Sorang2 muka kegembiraan yg naik atas pentas aku tengok, as images of the past made me to cherish the moment even deeper. Jiwang la pulak mangai…

            Sambil aku dan kawan2, Mudzafar, Badak, Syukdong, Madud, Syafdanny, Ameer, Aiman, Jehan, (dan ramai gila lg) turun dari pentas, aku tertanya-tanya, ‘so what’s next for us?’ ‘takkan mcm ni je pengakhiran kita?’ ‘weh aku taknak berpisah dengan korang..!!’ dan banyak lagi monolog2 dalaman yg tak terungkap, tapi ditafsir mudah dengan renungan mata persahabatan.

Walaupun sukar, tapi ‘hakikat’ itu kami terima dengan redha, the ’hakikat’ that sounded dimly at the back of the mind indirectly, that goes ’jadikanlah nikmat yang diterima secara berjemaah ini (result spm laa) sebagai penguat diri dalam haluan masing-masing selepas ini, dan semoga kepuasan secara berjemaah ini mengingatkan kita tentang perlunya menjaga benteng iman yg sudah lama dibina di sekolah’. Hmmm macam tu lah lebih kurang nya, aku ni pun bukan pandai sgt nak olah psikologi orang macam Mitch Albom… kuang3~

Jadi, kepada lepasan spm baru2 ni, cuba muhasabah diri balik, banyak mana dah ilmu2 yg dipelajari dulu yg masih diaplikasi dlm hidup? Terisikah masa cuti panjang anda dengan aplikasi ilmu itu? Redhakah masyarakat (ibu bapa, jiran tetangga, kawan2) dengan keberkatan ilmu anda? Fuyyo banyak betul aku tanya, haha. Kat akhirat nanti pun 2x5 jugak... yang husnul khatimah, mula2 puas lah alhamdulillah... lepas tu, sibuk dok cari orang lain sbb nk kejar kepuasan bukan individu. ingat, hidup bukan untuk disuap je, tapi juga untuk memberi.

Sekian, wassalam.

7 comments:

Dato' Dr. Nurul 'Afifah :) said...

mashaAllah, hebat nya! tahniah..

n all the best! ^_^

Dato' Dr. Nurul 'Afifah :) said...
This comment has been removed by the author.
hoshizora said...

salam, kamu membuatkan saya rindu akan excell9 =)

khainisa said...

mestilah straight a+..siap masuk paper lg tu. Alhamdulillah. ;)) jap kau bile fly weh?

Norain Ishak said...

panjang gila entry kau ni. aku skip terus sampai perenggan last last. HAHA.

hmm tu la. aku rasa budak yg gempak dalam study ni, gempak jugak lah mengamalkan ISLAM dalam hidup tu.

nazrin said...

nisa; aku ada exam lg. kalau lepas exam nya, iA fly bln 9 la kot. doa2kan..

kak rain; ffooinee.. kau buat entri panjang2 aku baca smpai habis kut, haha.

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Wow, how i wish could get an excellent result like you. Berdebar menunggu result bulan 3 ni. :)

10 TIPS Merangsang Kehamilan