Pages

Sunday, June 11, 2017

Mahar vs duit hantaran

Assalamualaikum wbt! (excited bagi salam sebab rasa mcm dah lama tak update blog)

I was triggered to write about mahar vs duit hantaran when one of my friends tanya dalam usrah, "duit hantaran kita kira niat hadiah atau niat sedekah? Ke paksa rela? lol"

Ok firstly we have to be clear in mind that niyyat or intention is an important aspect of ibadah (hence the hadeeth of niat as the first hadeeth in the 40 imam nawawi collection of hadeeth). And secondly, we have to be clear about the distinction between mahar and duit hantaran.

To those that are getting married now, anda wajib tahu hukum beri mahar kepada isteri - ia wajib. Manakala duit hantaran pula - atau juga dikenali sebagai belanja hangus - merupakan adat masyarakat kita yang perlu kita raikan dan ia tidak wajib. Justeru, adalah tidak betul untuk kita sebut 'aku terima nikahnya dengan duit hantaran sebanyak yang berikut' semasa akad nikah jika fahaman masyarakat tentang duit hantaran ialah suatu wang belanja hangus. Malah, menurut kitab2 fiqh, hanya beberapa perkataan saja yang boleh digunakan ketika akad e.g. mahar dan mas kahwin.

Going back to the real question, maka niat apa perlu kita guna untuk beri duit hantaran? Niat terpaksa? Niat zakat? Hahahah.

It's grey. Tapi aku cenderung untuk mengatakan bahawa niat duit hantaran ini sebagai hadiah. Kalau niat sedekah tu untuk asnaf pula. Insya-Allah ada bahagian pahalanya jika kita ikhlaskan hati untuk memudahkan urusan penyatuan dua jiwa.

Duit hantaran is a foreign thing for me, to be honest. Kami orang melayu kelantan memang tak ada konsep duit belanja hangus ni. Yang hanya difahami dalam masyarakat kelantan ialah konsep mahar. Sometimes we think that it is absurd that the groom pulak is responsible to execute walimah at the bride's side. Kalau ikut adat kelantan, ibu bapa, bapa-bapa saudaralah yang akan berhabis untuk walimah anak mereka. Bukan pengantin lelaki. Malah, bagi sesetengah orang Kelantan, jatuh air mukanya kalau pihak pengantin lelaki nak bagi wang belanja hangus kepada mereka.

Now the next question that you may ask, ‘berapa jumlah yang paling okay untuk mahar atau duit hantaran?’

Well, according to Raheequl Makhtum, Rasulullah SAW beri 20 ekor unta betina as a mahar to Khadijah. Which, if translated into current value would easily reach RM100,000.00. Masalahnya mampu ke kau RM100k? Tak mampu noks. Sebab tu setiap negeri ada minimum amount untuk mahar dan Rasulullah SAW pun galakkan mahar yang rendah nilainya. Keypoint dia; ukur baju di badan sendirilah. Kalau kau tanya aku berapa jumlah yang ideal untuk duit hantaran, aku honestly tak tahu sebab orang Kelantan dan perkahwinan Baginda Rasulullah SAW memang tak pernah come across this concept.

“Apa yang Khadijah buat dengan 20 ekor unta yang Rasulullah SAW beri?”

I do not find any historical context to this question due to my limited reading. But we can correctly assume that Khadijah r.a. had ultimately used them in the path of Allah – assisting our beloved Rasulullah SAW in the early years of Islamic struggle. Do remember that Allah says in Surah An-Nisa’; the bride has total ownership to the mahar, but if the bride is willing to give part of it to the groom, then consume it with hanii’an marii’a (gratitude).

Dan kena ingat, fiqh juga ada membahaskan tentang pemulangan mahar dalam kes-kes cerai di mahkamah syariah. Contohnya jika si isteri dicerai dalam keadaan dia belum disetubuhi (technically the insertion of penis into vagina), si isteri kena pulang separuh mahar kepada suami. There are many cases more but I am not going into the details here. Blog ni bukan blog fiqh hahah. Tak perlu tahu, but it is obviously good utk org yang nak kahwin study dan hadam perkara2 ni sebelum kahwin.

“Boleh tak lelaki guna mahar isteri?”

This question has become more relevant now than ever, kan? Aku paham je korang kerja macam nak mampus, sacrificing many desires along your way for years – demi menyunting bunga di taman larangan. Lagipun mahar ni macam nasi lemak. Sepertimana nasi lemak, standard harga mahar pun naik exponentially walaupun graduate salaries tetap sama je macam dulu. Duit hantaran in 90s was like RM3k at graduate salary of RM1500. Now graduate salary baru RM2k tapi standard duit hantaran dah RM15k! Nasi lemak betul.

And yes, lelaki boleh guna mahar isteri dengan syarat isteri redha dalam suasana komunikasi yg harmoni. Kalau kau dapat bini yg tak memahami, aku bersimpati dengan kau. Bawa bersabar dan jangan jemu menarik isterimu perlahan-lahan dari neraka. Berkomunikasi dan berbincanglah dengan baik. In this age of austerity (this was the word for 2015 kan? Haha) and being thrifty, financial planning is a must, especially bila semua savings kau digunakan utk mahar.



Ada one of my friends that I knew yang guna mahar isteri untuk bayar downpayment rumah. Quite a smart move since renting constrains your cash flow and there are affordable government homes everywhere now. Ada yg guna utk honeymoon expenses, investment in banks, and support parents yg warded at hospital with hefty bills. You can obviously have many options to use the mahar to survive dalam dunia serba mencabar nowadays according to your preferences and circumstances.

One rule stays; allocate some mahar for savings is a must. And you must not necessarily share them planning details to your parents. Kadang2, generasi baby-boomers ni tak dapat terima hakikat bahawa mahar dah jadi a trust fund, dan diorang tak paham apa cabaran yg generasi Y hadapi dlm dunia kerjaya. So keep your mahar planning with your partner je. Perhaps bolehlah kongsi pengalaman amongst your close friends atau dalam usrah juga.

Wallahu’alam. These are all my opinions from my observations je. Semuanya bergantung pada niat kita mcm yg saya sebut dalam awal2 posting ni – that correct niyyah leads to ibadah, which then leads to Allah’s blessings. Both suami isteri kenalah ada basic financial literacy, and aim clearly to build your marriage with compassion and love. Amboi lovey-dovey je aku sekarang ni hehhh.


Alhamdulillah it’s T-20 days to my solemnisation ceremony insya-Allah. Semua benda dah hampir setel kot, kecuali bengkak kat mata aku ni je yg dah mcm kena buat chalazion surgery huhu. Doakan saya juga ya.

No comments: